Wednesday, 29 September 2010

Renungan Syawal

Pada Hari Raya Aidil Fitri tahun ini, saya mendapat email dari seorang sahabat. Saya kira ianya sangat baik untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat.

Oleh kerana terlalu sayangkan kepada Umat Nabi Muhammad SAW, Allah SWT telah menyediakan bulan Ramadhan kepada kita dengan segala kelebihannya supaya kita tidak akan dimasukkan ke dalam Neraka Jahanam. Justeru itu, sesiapa yang berakhirnya Bulan Ramadhan masih belum mendapat Keredhaan dan Keampunan daripada Allah SWT disebabkan kecuaiannya, belum berjaya membebaskan dirinya daripada Neraka Jahanam, maka bilakah masanya lagi, dia akan diberikan pengampunan oleh Allah SWT? Bulan manakah lagi yang boleh menandingi kemuliaan, keagungan dan kehebatan bulan Ramadhan?
 
Sebab itulah dinamakan Hari Raya 'Idil Fitri, maksudnya pada Hari Raya tersebut, jika kita bijaksana menggunakan kemuliaan yang dimiliki bulan Ramadhan, BULAN RAHMAT,BULAN KEAMPUNAN DAN BULAN MEMBEBASKAN DIRI DARIPADA NERAKA JAHANAM, maka kita akan kembali kepada fitrah semulajadi kita iaitu dengan berahkirnya bulan Ramadhan, kita kan kembali suci bersih tidak memiliki langsung dosa walau sebesar zarah, seperti seorang bayi baru dilahirkan, seperti sehelai kain putih yang langsung tidak mempunyai walaupun satu titik hitam.
 
Sebab itu Golongan Salafus Soleh menggunakan Bulan Ramadhan untuk kembali kepada fitrah, untuk menghapus segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan pada sebelas bulan yang lepas!!!
 
Alangkah senangnya kita bermaaf-maafan pada Hari Raya kerana Allah SWT telah menurunkan rahmatnya yang melimpah ruah pada hari tersebut sehingga hati kita sangat lembut dan senang memberi kemaafan kepada sesiapa yang mengkhianati kita walau sebesar mana kesalahan mereka. Ini semua adalah supaya kita dapat kembali semula kepada fitrah.
 
Amat malang dan amat rugi kepada sesiapa yang tidak menggunakan kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan untuk kembali kepada Fitrah.
 
Dikesempatan menyambut Syawal yang baru tiba, renung-renugkanlah dan hisab diri kita. Adakah kita termasuk di dalam golongan fitrah atau sebaliknya.
 
Amin.

No comments: