PhotoOuting

 1 April 2011 ; Jumaat. Outing kali kedua yang dianjurkan oleh kawan-kawan Photorepublic. Outing kali kawan-kawan bersetuju untuk memberi peluang kepada kawan lain untuk berkongsi ilmu, teknik dan sedikit cerita tentang ilmu photography. Walaupun terdapat sedikit kekalutan disana. shhhhhh....!!!
Tajuk : GUNDIK
Ref to : (Jalan Cerita): http://pakcikli00.wordpress.com; http://prpm.dbp.gov.my; http://www.reocities.com
Make Up dan Prop : Butik Syam'Syais


Gundik dalam erti kata Bicara soal isteri, pasangan hidup, dan kehidupan seksual seorang Maharaja, ternyata bukan hanya masalah memilih permaisuri saja yang bikin seluruh keluarga istana dan abdinya pusing tujuh keliling. Memilih permaisuri yang tepat misalnya terkadang memerlukan waktu berbulan-bulan agar dapat menemukan pasangan yang paling sepadan, cantik, cerdas, berahim subur, dan tak membawa sial untuk maharaja.
Dalam erti kata lain GUNDIK merupakan perempuan simpanan raja atau sultan. Isteri (permaisuri) raja biasanya berketurunan raja dan dikahwini secara sah, manakala gundik ialah perempuan bukan berdarah raja yang diambil sebagai hamba atau orang suruhan raja atau istana. Bilangan isteri raja tidak melebihi empat orang sesuai dengan hukum Islam. Sebaliknya, raja boleh mempunyai gundik seramai mungkin. Pada peringkat awal perkembangan, Islam membolehkan hamba digauli oleh tuannya. Raja mengambil kesempatan itu untuk menghalalkan perbuatan tersebut dengan mempunyai gundik antara 300 hingga 400 orang.
Gundik, banyak yang menyebut sebagai istri tak resmi, perempuan simpanan, atau yang lebih ekstrem istri yang difungsikan sebagai pelepasan nafsu birahi. Artinya, perempuan ini hanya sebagai the second women atau istilah yang fenomental sekarang disebut dengan Wanita Idalam lain (WIL) setelah ada istri utama.
Kalau raja-raja Jawa dahulu banyak pula mempunyai gundik perempuan pedesaan. Meski para raja sudah mempunyai istri utama atau pertama, seringkali masih mencari perempuan lain yang dijadikan sebagai perempuan lain dalam melanggengkan kursi kerajaannya. Ada semacam perasaan tabu manakala seorang raja hanya mempunyai satu istri utama. Kenapa? Karena ada pemahaman yang dinamakan 'lanang temenan' kalau sudah bisa mempunyai Turonggo--simbol laki-laki--sudah bisa mencapai tahta dan mempunyai banyak wanita.
Maka untuk kalangan raja-raja jaman dulu sudah bukan hal yang tabu kalau mempunyai perempuan sampai lebih dari tiga. Inilah yang disebut sebagai selir. Sedangkan istri utama banyak yang menyebut sebagai permaisuri yang notabene keturunan dari permaisuri inilah yang akan melanggengkan kerajaannya.
Bahkan cerita-cerita dari India Utara pun dalam tokoh-tokoh pewayangan seperti Arjuna mempunyai lebih dari satu istri, mulai dari Wara Srikandhi, Gandawati, Dewi Ulupi, Dyah Manuhara dan Sembodro.
Adanya laki-laki yang mempunyai lebih dari satu istri atau gundik ini karena banyak faktor. Salah satunya karena faktor superior laki-laki dibanding perempuan waktu itu. Karena lemahnya perempuan, rendahnya pendidikan, ketidakberdayaan wanita karena fungsi wanita hanya sebagai pengasuh anak dan berkutat pada apa yang dinamakan sumur, kasur dan dapur.
Bahkan beberapa waktu yang lalu di Sumatra akibat ulah seorang datuk--banyak yang menyebut sebagai Datuk Maringgih--42 perempuan meninggal hanya sebagai tumbal kesaktian ilmu hitam (murder magic). Itu semua merupakan ilustrasi ketidakberdayaan menghadapi superior laki-laki.
*Gambar ini tertakluk dibawah hakcipta nazim photography, sebarang penggunaan atau penyebaran perlulah mendapat kebenaran bertulis dari nazim photography
-TAMAT-

17 Februari 2011; Jumaat. Kali ini aq bersama kawan-kawan Photorebuplic merancang untuk membuat satu pengambaran berkaitaan PAWANG. Walaupun aq tidak berkesempatan untuk mengambil gambar-gambar yang memperlihatkan aktiviti dan jalan cerita PAWANG tetapi sempat jugak aq merakamkan sedikit cerita-cerita disebalik tabir PAWANG.

Tajuk : PAWANG - Art of Light
Ref to : Photorepublic
Make Up : Butik Syam'Syais
Prop : Semua yang terlibat
Pawang merujuk kepada ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu dahulu kala. Pawang mengubat berdasarkan kepada penggunaan tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Sekiranya sesuatu penyakit gagal disembuhkan, pawang akan berpaling kepada kepercayaan kepada kekuasaan roh dari alam sekeliling, yang merupakan satu cara hidup sebelum ajaran Islam berkembang di nusantara bagi mengubat pesakit. Selain pawang, ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu turut dikenali sebagai tabib, dukun atau bomoh. Bagaimanapun, pawang dianggap sebagai yang paling berkemampuan dikalangan ahli perubatan tradisional ini.
Pawang merupakan orang yang sangat dipercayai boleh menyembuhkan berbagai-bagai penyakit kerana beliau saja yang dianggap boleh berhubung dengan roh atau kuasa ghaib. Bidang kuasa Pawang di anggap lebih luas daripada bidang bomoh. Seorang pawang selain mampu mengubat pelbagai jenis penyakit, turut mampu mengendalikan upacara umum bagi memastikan hasil tuaian padi yang banyak, atau melindungi masyarakat daripada wabak penyakit.
*data diambil dari Wikipedia.
Di Malaysia, perubatan moden tidak diperkenalkan secara meluas di kawasan kampung luar bandar sehinggalah Malaysia mencapai kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua, apabila kemudahan perubatan awam kebangsaan, dan pelajar lulusan universiti tempatan dalam perubatan moden mula mencapai bilangan yang mencukupi bagi memberikan perkhidmatan kesihatan awam. Selain itu kempen penerangan umum yang dilancarkan oleh kerajaan bagi menerangkan kelebihan kesihatan moden berbanding perubatan tradisional secara beransur-ansur menjadikan orang semakin berkurangan mendapatkan perkhidmatan pawang, sungguhpun ia masih kekal.
Sungguhpun begitu, perubatan tradisi masih kekal, tetapi lebih terhad kepada masalah yang dianggap tidak dapat diubati dengan rawatan moden seperti masaalah santau, ganguan makluk halus, dan masalah-masalah yang yang serupa dengannya. Perubatan tradisional ini tidak terhad kepada ethnik tertentu, malah pengamal perubatan yang berjaya mampu mendapatkan pelanggan merentasi pelbagai negara-negara berdekatan.
*Gambar ini tertakluk dibawah hakcipta nazim photography, sebarang penggunaan atau penyebaran perlulah mendapat kebenaran bertulis dari nazim photography.